Terma & Syarat

Terma & Syarat ini mengawal penggunaan laman web adsjadisale.com.my dan pembelian produk digital yang ditawarkan oleh INFINITE WELLNESS SOLUTION.

1. Maklumat Perniagaan

Nama Perniagaan: INFINITE WELLNESS SOLUTION
No. Pendaftaran: 202403124086 (AS0479540-D)
Alamat: No.2 PT6484 Lorong Masjid, Kg. Baru Puchong Batu 14, 47100, Puchong, Selangor

2. Produk

Produk yang dijual melalui laman web ini ialah produk digital berbentuk playbook, panduan, template, script dan bahan rujukan berkaitan iklan WhatsApp Business dan sistem jualan online.

3. Pembelian dan Pembayaran

Semua pembelian perlu dibuat melalui checkout rasmi di laman web ini. Pembayaran diproses melalui payment gateway yang tersedia. Selepas pembayaran berjaya dan order disahkan, pembeli akan menerima maklumat akses melalui email atau kaedah komunikasi yang bersesuaian.

4. Akses Produk Digital

Akses kepada Playbook akan diberikan melalui link khas dan password akses. Pembeli bertanggungjawab memastikan email dan nombor telefon yang diberikan semasa checkout adalah betul dan aktif.

5. Penggunaan Peribadi Sahaja

Produk digital ini adalah untuk kegunaan pembeli sahaja. Pembeli tidak dibenarkan menjual semula, mengedar, berkongsi password, menyalin semula, memuat naik semula atau mengubah suai kandungan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.

6. Keputusan dan Hasil Jualan

Playbook ini disediakan sebagai panduan pendidikan dan rujukan praktikal. Kami tidak menjamin sebarang jumlah jualan, keuntungan, pendapatan atau hasil tertentu kerana keputusan bergantung kepada produk, tawaran, pasaran, bajet iklan, pelaksanaan, komunikasi jualan dan faktor lain di luar kawalan kami.

7. Ketepatan Maklumat

Kami berusaha memastikan maklumat dalam playbook dan laman web adalah tepat dan relevan. Namun, strategi pemasaran digital boleh berubah dari semasa ke semasa. Pembeli digalakkan menyesuaikan panduan mengikut keadaan bisnes masing-masing.

8. Hak Cipta

Semua kandungan playbook, template, script, reka bentuk, teks dan bahan digital adalah hak milik INFINITE WELLNESS SOLUTION kecuali dinyatakan sebaliknya.

9. Perubahan Terma

Kami berhak mengemaskini Terma & Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa notis awal. Versi terkini akan dipaparkan di laman web ini.

10. Undang-Undang Terpakai

Terma & Syarat ini ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian adalah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di Malaysia.

11. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembelian, akses atau sokongan, sila hubungi pihak kami melalui saluran rasmi yang disediakan di laman web.