Polisi ini menerangkan terma pemulangan dan bayaran balik untuk pembelian produk digital daripada INFINITE WELLNESS SOLUTION melalui laman web adsjadisale.com.my.
1. Produk Digital
Produk yang dijual adalah produk digital seperti playbook, panduan, template dan script. Oleh kerana produk digital boleh diakses serta-merta selepas order disahkan, polisi refund adalah terhad.
2. Tiada Pemulangan Fizikal
Produk ini tidak melibatkan penghantaran barang fizikal. Oleh itu, tiada proses pemulangan produk secara fizikal diperlukan.
3. Polisi Refund
Secara umum, bayaran yang telah dibuat adalah tidak dikembalikan selepas akses produk digital diberikan kepada pembeli.
4. Keadaan Refund Boleh Dipertimbangkan
Refund boleh dipertimbangkan mengikut budi bicara pihak kami dalam keadaan berikut:
- Pembayaran berjaya tetapi akses playbook tidak diberikan dalam tempoh munasabah.
- Pembeli tersilap dikenakan caj berganda untuk order yang sama.
- Masalah teknikal berpunca daripada pihak kami dan tidak dapat diselesaikan.
5. Keadaan Refund Tidak Diberikan
Refund tidak akan diberikan untuk situasi berikut:
- Pembeli telah menerima link dan password akses playbook.
- Pembeli berubah fikiran selepas pembelian.
- Pembeli tidak melaksanakan panduan yang diberikan.
- Pembeli tidak mendapat hasil jualan seperti yang diharapkan.
- Pembeli berkongsi akses dengan pihak lain dan menyebabkan akses disalahgunakan.
6. Permohonan Refund
Sebarang permohonan refund perlu dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian. Pembeli perlu menyediakan maklumat berikut:
- Nama penuh
- Email yang digunakan semasa pembelian
- Nombor order
- Bukti pembayaran
- Sebab permohonan refund
7. Tempoh Proses
Jika refund diluluskan, proses bayaran balik akan mengambil masa bergantung kepada payment gateway, bank atau kaedah pembayaran yang digunakan.
8. Hubungi Kami
Untuk pertanyaan berkaitan refund, sila hubungi pihak kami melalui saluran rasmi yang disediakan di laman web.