Privacy Policy

Privacy Policy ini menerangkan bagaimana INFINITE WELLNESS SOLUTION mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi pelanggan yang menggunakan laman web adsjadisale.com.my.

1. Maklumat Perniagaan

Nama Perniagaan: INFINITE WELLNESS SOLUTION
No. Pendaftaran: 202403124086 (AS0479540-D)
Alamat: No.2 PT6484 Lorong Masjid, Kg. Baru Puchong Batu 14, 47100, Puchong, Selangor

2. Maklumat Yang Dikumpul

Kami mungkin mengumpul maklumat berikut apabila anda membuat pembelian, mengisi borang atau berinteraksi dengan laman web kami:

  • Nama penuh
  • Alamat email
  • Nombor telefon
  • Maklumat order dan pembelian
  • Maklumat pembayaran yang diproses melalui payment gateway
  • Maklumat teknikal seperti alamat IP, jenis peranti dan aktiviti asas di laman web

3. Tujuan Penggunaan Maklumat

Maklumat yang dikumpul digunakan untuk tujuan berikut:

  • Memproses pembelian dan order pelanggan
  • Menghantar akses playbook, link, password atau maklumat berkaitan pembelian
  • Menghubungi pelanggan berkaitan order, sokongan atau pertanyaan
  • Menambah baik laman web, checkout dan pengalaman pelanggan
  • Mengurus rekod transaksi dan keperluan pentadbiran
  • Mematuhi keperluan undang-undang, perakaunan atau peraturan yang berkaitan

4. Pembayaran

Pembayaran diproses melalui payment gateway pihak ketiga yang selamat. Kami tidak menyimpan maklumat kad bank, nombor kad kredit/debit atau butiran sensitif pembayaran pelanggan di laman web ini.

5. Perkongsian Maklumat

Kami tidak menjual, menyewa atau memperdagangkan maklumat peribadi pelanggan kepada pihak ketiga. Namun, maklumat tertentu mungkin dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang membantu operasi laman web seperti payment gateway, sistem email, hosting, analitik atau sokongan pelanggan.

6. Email dan Komunikasi

Kami boleh menghantar email berkaitan order, akses produk, maklumat penting pembelian dan sokongan pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab memastikan email yang diberikan semasa checkout adalah betul dan aktif.

7. Cookies dan Tracking

Laman web ini mungkin menggunakan cookies atau teknologi penjejakan asas untuk fungsi laman web, analitik, pemasaran semula atau peningkatan pengalaman pengguna. Pengguna boleh mengawal tetapan cookies melalui browser masing-masing.

8. Keselamatan Data

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat pelanggan daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan, penyalahgunaan atau pendedahan yang tidak sepatutnya. Walau bagaimanapun, tiada sistem atas talian yang boleh dijamin 100% bebas risiko.

9. Tempoh Simpanan Data

Maklumat pelanggan akan disimpan selagi diperlukan untuk tujuan pemprosesan order, rekod transaksi, sokongan pelanggan, perakaunan, pematuhan undang-undang atau tujuan perniagaan yang munasabah.

10. Hak Pelanggan

Pelanggan boleh menghubungi kami untuk membuat permintaan berkaitan maklumat peribadi mereka, termasuk pembetulan maklumat yang tidak tepat atau pertanyaan berkaitan penggunaan data.

11. Pautan Ke Laman Pihak Ketiga

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga seperti payment gateway atau platform lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap polisi privasi atau amalan laman pihak ketiga tersebut.

12. Perubahan Polisi

Kami berhak mengemaskini Privacy Policy ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini.

13. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Privacy Policy atau data peribadi, sila hubungi pihak kami melalui saluran rasmi yang disediakan di laman web.